Showing posts with label Set Bersalin SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label Set Bersalin SHAKLEE. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

SET BERSALIN SHAKLEE UNTUK BAYI JAUNDIS

SET BERSALIN PREMIUM

Alhamdulillah pada 30 September yang lalu saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki 

di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia seberat 2.96 kg jam 2308 secara post 

SVD. Apa yang bestnya bersalin di sini. Selepas bayi dah keluar bayi akan diazan oleh suami 

saya. Setelah diAzan bayi diletakkan atas dada ibu untuk memberi bonding antara ibu dan 

bayi. Setelah itu bayi diambil untuk dibersihkan kemudian dia diberi semula untuk disusukan. 

Masa tu dah selesai jahit. Kita diberi masa selama mana nurse wad tak ambil kita untuk kita 

susukan bayi kita.


Muhammad Uzair bin Mohd Sharizam
       
 Beberapa hari setelah dilahirkan anak saya telah disahkan jaundice dengan bacaan 

bilirubin 162 mmoL. Masa tu fikir ooo rendah je sebab 162. 

Cuma nurse suruh datang semula keesokan hari. Kemudian datang semula keesokannya 

bacaan naik secara mendadak ke 217.4. Kemudian berterusan selama seminggu bacaan stay 

dalam 200++. Hati ibu mana yang boleh selesa jika bacaan tidak menunjukkan penurunan. 

Pelbagai usaha yang saya cuba bagi menurunkan kadar bilirubin namun usaha kurang 

berjaya. Yang pastinya anak saya tetap fully breastfeeding.Masa tu saya baca blog ramai 

independent distributor shaklee membuat kenyataan jangan ambil alfafa semasa anak kuning. 

      Kemudian kawan saya bagitahu yang ALFAFA boleh menurunkan bilirubin. Sedangkan 

alfafa ada dalam set premium.Tahukah ALFAFA  digunakan secara meluas di luar negara 

untuk merawat jaundice. Saya membuat sedikit research tentang alfafa dan memang tak salah

mengambil alfafa untuk menurunkan jaundice. Alhamdulillah saya ambil alfafa pada permulaan

 sebanyak 3biji.start hari Jumaat malam bacaan pada Jumaat pagi adalah 210, cek pada hari 

Isnin bacaan turun kepada 188.Lega rasanya setelah seminggu bacaan mencatatkan 200 dan 

ke atas akhirnya turun dengan izin Allah selepas ambil Alfafa shaklee. Alfafa juga bertindak 

sebagai detoks.Alfafa juga umpama manjakani sebagai perapat vagina dan memang sangat 

sesuai selepas bersalin.




Kemudian saya terus start makan vitamin saya. Alhamdulillah badan rasa cergas. Buang air 

pun lembut dan sangat baik bagi saya yang buasir dan sememangnya payah untuk 

membuang air.

     Selain itu kulit perut yang stretch mark tu cepat je pudar. sangat mengagumkan . Kulit yang

gelap masa pregnant dulu pun dah hilang. Yang paling best berat saya turun hampir 10 kg dari 

sebelum bersalin hingga 1 bulan, alhamdulillah.

    Jika anda mahu rasa apa yang saya alami ini anda boleh laa....





Monday, July 22, 2013

SET BERSALIN SHAKLEE~~ Pilihan Masa Wanita Kini

Set Bersalin SHAKLEE Pilihan Wanita Masa Kini...


Kalau kita lihat kebanyakan entri di facebook, di blog rata - rata mengamalkan shaklee sebagai pilihan semasa berpantang. Rentetan itu saya tergerak hati untuk menulis tentang set bersalin shaklee. Kenapa ramai yang memilih set bersalin shaklee?

Sebenarnya saya pun tertanya - tanya kenapa orang memilih shaklee sebagai set berpantang. Maka melalui pembacaan dan ilmu yang secoit ni saya telah membandingkan beberapa perkara yang selama kita tidak tahu dan tidak mengambil tahu tentang hal ini. kita memilih set berpantang kerana pilihan orang tua atau pilihan secara rambang di kedai tanpa membuat perbandingan dari sudut perubatan.

Secara faktanya apabila seseorang perempuan melahirkan anak, badan akan merasa letih dan lesu. Ini adalah proses kelahiran dan contraction yang menyebabkan wanita berasaa sebegitu. Organ - organ peranakan seperti rahim akan mula mengecut. Perubahan fisiologi juga terjadi pada sistem tubuh yang lain seperti kandungan cecair darah meningkat, denyutan jantung yang kuat dan lebih kerap, tekanan darah dan pernafasan yang meningkat lebih daripada biasa, kulit yang menjadi retak dan renggang, timbul urat pada kaki serta perubahan mungkin berlaku di peringkat biokimia sel atau tisu badan.

Selain itu juga anda juga kemungkinan akan mengalami buasir. Ini memang terjadi kepada saya semasa melahirkan anak yang ke 3 kerana tali pusat yang terbelit di lehernya menyebabkan saya meneran sepuasnya dan buasir terkeluar. saya mengalami tekanan yang berat kerana buasir membengkak set berpantang biasa tidak memberi sebarang perubahan ke atas diri dan saya hanya meletakkan minyak dan ubat yang dibeli di farmasi. Rambut juga akan mengalami keguguran. Selain itu kita akan berasa kepala seperti berat dan agak pening pada awal kelahiran.

Otot sekitar faraj yang bengkak akibat proses kelahiran juga menyebabkan kita akan berasa susah untuk membuang air kecil. Kita juga akan berasa tidak puas untuk kencing.

Trauma yang dirasakan kebanyakan wanita ialah apabila hendak ke tandas tetapi payah hendak membuang air besar. Walaupun sudah memakan buah atau sayur - sayuran namun hasilnya agak lambat.

Perubahan yang ketara juga dapat dirasakan pada tona kulit.  Ini berlaku kerana saluran darah kecil yang pecah akinat proses meneran bayi dilakukan. Kesan regangan pada perut juga sukar untuk hilang. Ini menyebabkan badan kelihatan hodoh buat seketika.

Dari dapatan saya ini jelaslah bahawa ibu selepas bersalin memerlukan pemakanan yang berkhasiat seperti ikan, buah - buahan, sayur - sayuran kerana terdapat beberapa masalah kecil ketika proses berpantang. Namun rawatan seperti bertungku, berbarut, berstokin dan beberapa petua perlulah diteruskan. Apa yang ditekankan di sini adalah vitamin yang diperlukan oleh tubuh semasa berpantang. Sudah tentunya SHAKLEE memenuhi kehendak tubuh luaran dan dalaman semasa proses pembetulan tubuh berlaku.

SET ASAS BERSALIN ... 1 

Dalam set ni merangkumi semua kehendak yang diperlukan oleh seorang ibu yang berpantang, ini termasuklah penyembuhan luka, pembentukan semula sel darah merah, mengembalikan semula tenaga yang hilang dan memulihkan kesihatan rahim.
Set ini merangkumi pemulihan kesihatan seorang ibu untuk tempoh 4 bulan ye... So sangat berbaloi....
Namun jika anda bertekad untuk menyusukan bayi anda dan berharap agar penyusuan lancar dan menyediakan susu yang berkhasiat selain mengamalkan pemakanan sebagai "milk booster" anda bolehlah memilih set bersalin yang kedua.
SET ASAS BERSALIN ... 2

Set ini adalah rangkuman bagi set bersalin asas dan ditambah dengan ESP ( Energizing SOy Protein) Ostematrix. ESP  adalah salah satu di antara milk booster selain dapat menghaluskan kulit serta dapat mencergaskan tubuh badan ibu selepas bersalin. Ostematirix juga adalah milk booster kerana contentnya bukan sahaja melibatkan kalsium tetapi juga mengandungi potasium , magnesium dll. Ostematrix juga adalah penawar bagi ibu - ibu yang sering sembelit di kala berpantang. Kehadiran oste dapat melembutkan najis dan tidak perlu berlama lama di bilik air.
SET ASAS BERSALIN ... 3

Ini adalah Set Premium. Set ini adalah set yang menjadi kegilaan ramai dan adalah salah satu set yang menjadi Hot Selling Item.. Set ini adalah rangkuman set asas dan extra. Cumanya yang best tentang set ni.. set ni merangkumi produk yang dapat menurunkan berat badan tanpa mengeringkan susu badan, atau memberi effect kepada baby...WOW...magickan....Kalau tak try mana nak tahu...kan.....
Jika berminat nak buat pesanan...
.....